Kemungkinan besar inilah penembak Osama

Monday, July 11, 2011


Sepandai pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ketanah juga, ntahlah aku sendiri pun belum pernah melihat tupai melompat dan jatuh ketanah. Itulah perumpamaan konon nya.

Akhir nya dikatakan terjawab juga siapakah orang nya yg membunuh Osama Laden. Memang rahsia siapakah yg membunuh amatlah dikawal ketat dari pengetahuan umum.

Di maklumkan lelaki itu hanya dikenali dengan panggilan “John” saja yg perkataan nya ditengag nama nya. Beliau adalah agen CIA, dan tugas nya sudah hampir satu dekad untuk memburu Osama.

Seorang spy-hunter internet percaya bahwa dia mungkin telah mengidentifikasi agen itu dari gambar gambar simpanan Rumah Puteh, termasuk juga gambar para pegawai Rumah Puteh sedang menonton pasukan Navy SEAL yg menyerbu tempat persembunyian Osama.

Bulan lalu CIA menyatakan kepada para wartawan AP bahwa “John” berada pada masa menonton pasukan Navy SEAL itu, tetapi dia berada dibahagian luar ruang. Spy-hunter John Young, sebagaimana dilapurkan The Daily Mail, 7/7/2011, lalu memerhatikan gambar tersebut dan mendapati seorang lelaki berbadan tinggi serta bertali leher kuning yang berdiri di luar legar (yang tertangkap oleh kamera hanya talilehar kuning nya).

Young lalu memeriksa dan membandingkan gambar itu denganbeberapa gambar yg lain yang diambil pada waktu yang sama dan tetap juga mendapati lelaki yg sama yang memakai talileher kuning itu dalam gambar penuh nya.

Berita AP melapurkan, dua hari setelah kematian Osama, John menemui Pengarah CIA, Leon Panetta, di Capitol Hill untuk memberikan keterangan kepada jawatankuasa penyiasat Senat tentang operasi tersebut. Young juga membandingkan sebuah gambar ketika Panetta tiada pada 3 Mei, dan dengan jelas nampak di latar belakang lelaki itu memakai talilehar kuning.

Juga dikatakan yg John inilah adalah orang pertama yang secara tertulis, menyatakan bahwa mereka mungkin telah mendapatkan petunjuk khas dimana Osama bersembunyi.

Lelaki ini jugalah termasuk orang-orang yang sangat yakin memberi tahu kepada Presiden Obama bahwa Osama bermungkinan besar berada di balik dinding tembok semasa serangan dahulu.

CIA telah menegaskan pihaknya tidak akan mengizinkan John untuk berjumpa wartawan. The Associated Press menyetujui permintaan CIA tidakakan memberitahu nama lengkapnya bagi mengelak serangan balas dimasa akan datang. – matjr/The Daily Mail